Solat Sunat Witir
Merupakan
sunat muakkad yang amat penting dan digalakkan melakukannya. Rasulullah SAW senantiasa melakukan solat Witir dan solat sunat
Fajar, baik ketika Baginda bermukim ataupun ketika bermusafir.
Dinamakan ‘Solat Sunat Witir’ karena
bilangan rakaatnya ganjil. Sabda Rasulullah SAW: “Wahai ahli Al-Quran, kerjakanlah Solat Witir
sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka sekali kepada
ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan,
al-Turmudzi dan Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9
atau paling banyak 11 rakaat. Ia dilakukan tiap
dua rakaat, lalu salam
dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau berakhir 3 rakaat (1 tahiyyat 1
salam).
Ada riwayat yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW tidak
pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali. Sabda Rasullulah SAW dari Abu Hurairah: “Siapa
yang tidak berwitir, maka bukanlah dia termasuk golongan kami.” (Diriwayatkan
oleh Ahmad dan Abu Daud)
Rasulullah SAW bersabda
lagi: “Sesungguhnya Allah SWT menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih
baik daripada bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik yaitu Solat
Witir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim r.a.)
Witir
Penutup Solat
Solat Witir dilakukan setelah solat Isya hingga
menjelang fajar (subuh). Ia dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud
atau solat Tarawih. Ia sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga
menjelang Subuh.
Rasulullah SAW bersabda:
“Akhirilah solat malammu itu dengan Solat Witir.” (Hadis
Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan
solat Tahajjud lagi, maka bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah
mengerjakan solat Isya. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang berasa dirinya tidak mampu untuk
bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada awal
malam, tetapi bagi sesiapa yang berasa dirinya mampu dan yakin akan dapat
bangun pada penghujung malam, sebaiknya mengerjakan solat witir pada akhir
malam, kerana solat pada akhir malam itu akan dihadiri oleh para malaikat dan
itulah yang lebih utama.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim,
Termizi dan Ibnu Majah)
Fadhilah Solat Witir
1. Orang yang
mengamalkannya akan turut disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih
utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang lain.
3. Menurut sunnah yang akan
memperolehi syafaat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam di
akhirat kelak.
Cara
Melaksanakannya
1.
Lafaz niatnya pada setiap dua rakaat pertama:
“U-shol-lii
sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Aku Solat
Sunat Witir dua raka’at, karena
Allah Ta’ala.
2.
Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at
pertama: Surah Al-A’laa
Raka’at
kedua: Surah Al-Kafiruun
3.
Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan
satu lagi raka’at Witir.
4. Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
“U-shol-lii
sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Aku Solat
Sunat Witir satu raka’at, karena
Allah Ta’ala.
a)
Al-Ikhlas,
b)
Al-Falaq, dan
c)
An-Naas.
Al-Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia
berkata: “Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir
dengan Surah Al-A’laa, Al-Kafiruun dan Al-Ikhlas.”
Hadis Sunan At-Termizi Jilid 1. Hadis Nomer 0461.
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri
menceritakan kepada kami, Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada
kami dari Khusaif dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya
bertanya kepada Aisyah, membaca surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam mengerjakan solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda
membaca pada rakaat pertama dengan: ‘Sabbihisma Rabbikal A’laa’, ‘Qul Yaa
Ayyuhal Kaafiruun’ pada rakaat kedua, dan ‘Qul Huwallaahu Ahad’ dan
‘Muawwidzatain’ pada rakaat ketiga.”
Solat Sunat Rawatib
Rawatib berasal dari perkataan ‘raatib‘ yang
bermaksud berterusan. Oleh karena itu, Solat
Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan
sebelum dan selepas solat fardhu lima waktu.
Biasa juga disebut solat sunat Qabliyyah
(sebelum) dan sunat Ba’diyyah (selepas). Ia
merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang
bertujuannya untuk mencari keridaan
Allah di samping menampung sebarang kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Solat Sunat Rawatib, Sebagai Berikut:
1.
Selepas azan Zuhur dianjur mengerjakan solat
Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah dua rakaat lagi. Setelah
selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Ba’diyyah dua rakaat pula, bila
ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Rasulullah
SAW bersabda: “Siapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur
sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka”
(H.R. Abu Daud & Tirmidzi)
Ibnu
Umar meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda; “Semoga Allah merahmati
orang yang solat sunat Zuhur empat rakaat.” (Hadis riwayat Ahmad
dan At-Tirmizi r.a.)
2.
Pada Solat Sunat Rawatib sebelum Asar (Qabliyyah)
adalah dua hingga empat rakaat. Selepas
Asar tidak ada rawatib Ba’diyyah. Rasulullah SAW bersabda: “Siapa
yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya
dari api neraka” (H.R. At-Tabrani)
3.
Selepas solat fardhu Maghrib kita boleh melakukan
Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah sebanyak dua rakaat dan solat Maghrib tidak ada
Rawatib Qabliyah.
4.
Pada solat Isya terdapat dua rakaat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah
dan dua rakaat Ba’diyyah.
5.
Adapun untuk solat Subuh, hanya ada dua rakaat
sebelumnya (Qabliyyah). Solat
Subuh tidak ada Solat Rawatib Ba’diyyah, malah
makruh solat selepas subuh.
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai
keutamaan Solat Sunat Rawatib. Jumlah yang mu’akkad (digalakkan) ialah 10
raka’at atau 12 raka’at, dalilnya:
عَنِ ابْنِ
عُمَرَ
أَنَّهُ
قَالَ حَفِظْتُ
عَنْ
رَسُولِ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
عَشْرَ
رَكَعَاتٍ
رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ
الظُّهْرِ
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ
الْمَغْرِبِ
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ
الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ
قَبْلَ
الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa; “Rasulullah
SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sebelum Zuhur, 2
rakaat sesudahnya Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat seusai Isyak (juga
di rumah) dan 2 rakaat sebelum solat Subuh.” (HR Bukhari-Muslim,
Bukhari)
عَنْ عَائِشَةَ
قَالَتْ قَالَ
رَسُولُ
اللَّهِ
صَلَّى
اللَّهُ
عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
مَنْ
ثَابَرَ
عَلَى
ثِنْتَيْ
عَشْرَةَ
رَكْعَةً
مِنْ
السُّنَّةِ
بَنَى
اللَّهُ
لَهُ
بَيْتًا
فِي
الْجَنَّةِ
أَرْبَعِ
رَكَعَاتٍ قَبْلَ
الظُّهْرِ
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَهَا
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ
الْمَغْرِبِ
وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ
الْعِشَاءِ
وَرَكْعَتَيْنِ
قَبْلَ
الْفَجْرِ
Dari Aisyah r.a., Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa
yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT
akan membina rumah baginya di syurga, iaitu; 4 rakaat sebelum solat Zuhur
dan 2 rakaat selepas Zuhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat
selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh.” (Hadis
riwayat Turmizi r.a.)
Solat
Sunat Rawatib yang Mu’akkad
- Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Subuh.
- Solat 2 raka’at sebelum solat fardhu Zuhur atau Jum’at.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Zuhur atau Jum’at.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Maghrib.
- Solat 2 raka’at selepas solat fardhu Isyak
Apabila ada kekuatan dan kelapangan lakukanlah 12
raka’at Solat sunat rawatib yang sudah tentunya lengkap dan sempurna. Jika
kesibukan, cukuplah lakukan 10 raka’at saja.
Cara Mengerjakan Solat Sunat Rawatib
Cara mengerjakan Solat Sunat Rawatib ini sama
seperti dengan cara mengerjakan solat Subuh, hanya niatnya yang berbeda.
Niat Solat Rawatib:
a.
Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)
Aku menunaikan solat sunat
sebelum (Zuhur/Asar/Isya/Subuh) dua raka’at, karena Allah Ta’ala.
b.
Solat Sunat Rawatib Ba’diyyah (setelah).
Aku menunaikan solat sunat
selepas (Zuhur/Maghrib/Isya) dua raka’at, karena Allah Ta’ala.
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat 1: Surah Al-Kafirun
Rakaat 2: Surah
Al-Ikhlas
Peringatan:
- Semasa melakukan takbiratul ihram solat sunat Rawatib, wajib
diniatkan sama ada solat itu Qabliyyah atau pun Ba’diyyah.
- Solat sunat sebelum fardhu Subuh dan sebelum fardhu Asar tidak
perlu disebut atau diniatkan Qabliyyah.
- Solat-solat sunat Rawatib ini tidak dituntut berjama’ah.
- Solat-solat sunat Rawatib lebih utama dikerjakan di rumah.
- Jika lebih 2 raka’at, lakukan tiap-tiap 2 raka’at satu salam.
Qada
Solat Rawatib
Nabi Muhammad SAW sangat mementingkan dan menjaga
solat-solat sunat, terutama yang mu’akkad. Rasulullah SAW bersabda; “Dua
rakaat sunat Subuh, lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadis
riwayat Muslim)
Masuknya waktu solat sunat qabliyyah adalah
ketika masuknya waktu solat tersebut dan ianya berakhir setelah masuknya waktu
solat selepasnya. Apabila Rasulullah SAW tidak dapat melakukan pada waktunya,
Baginda SAW pasti akan mengqadakan solat tersebut pada waktu berikutnya.
Daripada Aisyah r.a.; “Bahwa jika Rasulullah SAW
tertinggal solat empat rakaat sebelum Zuhur, maka Baginda SAW melakukannya
selepas Zuhur.” (Hadis riwayat Turmizi r.a.)
Dari Kitab
‘Mughni al-Muhtaj’: “Seandainya
terluput akan solat sunat yang berwaktu, disunatkan mengqadakannya.” Maka solat sunat yang berwaktu boleh diqadakan sama seperti
solat fardu.
Posted by Shafi-Q.
Solat Tahajjud adalah solat malam yang
dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu
selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan
sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan
solat ini sepanjang hayat mereka.
Firman Allah SWT: “Dan
pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat
tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang
terpuji.” (Surah Isra’; ayat 79)
Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah
solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu
jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan
buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari
badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)
Tujuan Solat
Tahajjud
- Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
- Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
- Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
- Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
- Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup.
Cara Mendirikan Solat Tahajjud
Solat Tahajjud dilakukan tiada batasan rakaatnya, mengikuti kesanggupan dan kemampuan, dengan setiap dua
rakaat satu salam. Jika dirasakan berat memadailah sekadar dua rakaat tetapi
dilakukan secara berterusan setiap malam.
Rasulullah SAW telah bersabda: “Amalan
yang disukai oleh Allah, adalah yang terus menerus (istiqamah) walaupun
sedikit.” (Diriwayatkan
oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah.)
1. Niat solat Tahajjud:
Ushalli sunnatat tahajjudi
rak’ataini Lillahi ta’ala
Aku
menunaikan solat Sunat Tahajjud dua rakaat, karena Allah Ta’ala.
2. Surah selepas Al-Fatihah
Rakaat
pertama :
Ayat Al-Kursi (7 kali)
Rakaat
kedua :
Surah Al-Ikhlas (11 kali)
Atau
Rakaat
pertama :
Surah
Al-Kaafirun
Rakaat
kedua: Surah Al-Ikhla
Rasulullah
SAW membaca 10 ayat terakhir, surah Al-Imran, pada solat Tahajjudnya.
Kelebihan Solat Tahajjud
- Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
- Doa dimakbulkan Allah.
- Memperolehi ketenangan jiwa.
- Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
- Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
- Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
- Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
- Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
- Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
- Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
- Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
- Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
- Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
- Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
- Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
- Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
- Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
- Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian
Siratal-Mustaqim.
Memudahkan Solat
Malam
1. Sebelum
masuk tidur, berniat ingin melakukan solat tahajjud.
2. Menjauhkan
diri daripada perbuatan maksiat.
3. Bersederhana
makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca
ayat-ayat Al-Quran.
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa
yang hendak tidur dan berniat untuk bangkit bagi mengerjakan solat sunat
Tahajjud, kemudian tidurnya terlajak sampai ke pagi, maka dicatat niatnya itu
sebagai satu pahala, manakala tidurnya pula dikira sebagai kurniaan Allah yang
diberikan kepadanya.” (Riwayat al-Nasa’i dan Ibnu
Majah r.a.)
#Oleh: shafiqolbu
Posted by Shafi-Q.
بِسۡمِ
ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
اللهم
صل
على
محمد
وآل
محمد
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa
terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang
diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat
ini tanpa keuzuran dan umat Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah
pernah berkata: “Rasulullah SAW berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan
ditinggalkan puasa tiga hari tiap bulan, dua raka’at Dhuha dan Witir sebelum
tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah
masing-masing di antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang
badanmu. Maka tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah
sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah.
Menyuruh kebaikan adalah sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan
sebagai ganti daripada itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat
Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud)
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah
ialah lapan rakaat dan paling banyak yang disabdakan oleh baginda ialah 12
rakaat. Paling sedikit yang boleh dikerjakan adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai
anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat
Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR
Al-Hakim dan At-Tabrani)
Waktu
Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari
sedang naik. Sekira cuacanya berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk
kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 menit
selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuruk 7.32 pagi dan
ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan
Solat Sunat Dhuha adalah anggaran matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3
meter), lebih kurang dalam pukul 9.30 pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi
SAW keluar menuju tempat Ahli Quba, di kala itu mereka sedang mengerjakan Solat
Dhuha. Baginda bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada
Allah, iaitu di waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu
Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan
Tirmidzi).
Cara
Mengerjakan Solat Dhuha
Solat ini boleh dilakukan
sekurang-kurangnya dua rakaat sehinggalah 12 rakaat, tetapi
yang paling banyak dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan
rakaat.
1.
Niatnya:
“Aku
mengerjakan solat sunat Dhuha dua rakaat karena Allah Ta’ala.”
2.
Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
a. Solat
sunat Dhuha dua rakaat:
i/
Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali,
atau
ii/
As-Syams dan Ad-Dhuha, atau
iii/
Al-Lail dan Al-Insyirah.
b. Solat
Dhuha lebih daripada 4 rakaat;
i/
Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/
Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3.
Selepas memberi salam, bertasbihlah 10 kali:
4.
Berdoa
Fadhilah Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap
hari kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu
akan memperolehi keampunan Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta
kehidupan.
- Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
Yang mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni
dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan.”
- Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di
syurga ada pintu yang dinamakan ‘Dhuha’. Maka apabila tiba hari
kiamat kelak, berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang
telah mengamalkan solat Dhuha; Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam
syurga dengan Rahmat Allah.” (HR At-Tabrani)
- Rasulullah SAW juga bersabda dalam hadits lain dari Nuwas bin
Sam’an, “Allah berfirman: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali
engkau malas mengerjakan empat raka’at pada permulaan siang (Solat Dhuha),
nanti pasti akan Ku cukupkan keperluanmu sampai ke petang harinya.”
(HR. Haklim dan Tabrani).
وسلام
#By: shafiqolbu
Posted by Shafi-Q.
بِسۡمِ ٱللهِ
ٱلرَّحۡمَـٰنِ
ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ
وَسَلِّمْ
عَلَى
سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ
Solat Sunat Hajat
merupakan solat sunat yang didirikan untuk
memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan
bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah
SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak
diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia
hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha
yang gigih di samping bertawakal kepada Allah Yang Maha
Pencipta.
Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang mempunyai hajat
kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan
sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.” (Riwayat
At-Tarmizi)
Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih dari
Abu Darda’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa berwudhu dan
menyempurnakannya, kemudian solat dua raka’at dengan sempurna, niscaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya,
sama ada cepat ataupun lambat.”
Solat sunat ini mempunyai kelainan karena pada sujud yang terakhir, mukmim yang
melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah SWT disertakan dengan niat
apa yang dihajati atau hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu
berdoa sekali lagi agar permintaan mudah dimakbulkan.
Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian
atau berjemaah, sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal solat
bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam (selepas 2/3 malam,
iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih berkesan, lebih khusyuk dan amat
hening suasananya.
Solat Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara
dan ia boleh didirikan sehingga 12 rakaat dan paling minima adalah 2 rakaat.
Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang terakhir, mukmim yang
melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji Allah dan disertakan dengan niat
hajat yang hendak dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali
lagi agar permintaan mudah di makburkan.
Fadhilat Solat Hajat
- Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.
- Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.
- Permohonan dimakbulkan Allah SWT.
Panduan
Solat Hajat
Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur
pada sebelah malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersuci dan mandi terlebih dahulu kemudian berwudu bagi membersihkan diri dan menyegarkan diri.
Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya berwarna putih.
Alhakim berkata,“Siapa yang melaksanakan
solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian
yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya.”
Sebaiknya dirikanlah Solat Sunat Wuduk dan
Tahajjud terlebih dahulu sebelum melakukan Solat Sunat Hajat.
Cara Melakukan
Solat Hajat
Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana
solat-solat biasa yang lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan
itu. Perbedaannya
cuma pada perkara-perkara berikut:
1. Lafaz
dan niat:
“U-shol-lii
sun-na-tal haa-ja-ti rok-’a-tai-ni lil-laa-hi ta-’aa-laa.”
Aku Solat Sunat Hajat dua raka’at, kerana Allah
Ta’ala.
“ALLaahu
la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu
maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa
biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna
bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal
ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah,
tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus
(makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada
di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan)
di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka
dan di belakang mereka, sedang mereka
tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.
Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi
langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah
Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah
Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Rakaat kedua:
Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11 kali)
“Qul
huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu
kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak
beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara
dengan-Nya.”
3. Membaca
Tasbih
Sebaik sahaja selesai
solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha
il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.”
“Tiada
Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari
golongan orang yang aniaya.”
Atau Tasbih berikut 1 kali:
4. Wirid
Selepas Solat Hajat
Sesudah selesai
menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah,
Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
“Aku
memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat
kepada-Nya.”
b. Zikir
“Laa-i-la-ha
il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.”
“Tiada
Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.”
c. Solawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma
shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya
Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli
keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
5. Doa
Solat Hajat
Teruslah memohon hajat
yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa
berikut:
AL-La-Hum-ma
in-ni as-a-lu-ka bi-ma-‘aa-qi-dil ‘iz-zi min ‘ar-shi-ka, wa-mun-ta-Har
rah-ma-ti min ki-ta-bik, wa-bis-mi-kal ‘a-zo-mi, wa-waj-Hi-kal ‘a-la,
wa-ka-li-maa-ti-kal tam-mah. La-’i-la-ha ‘il-laL-Laa-Hul ha-lii-mul ka-riim,
sub-ha-naL-Laa-hi rab-bil ‘a-zhim, al-ham-du LiL-La-Hi rab-bil ‘a-la-miin.
as-a-lu-ka muu-ji-baa-ti rah-ma-tik, wa-‘a-zaa-i-ma magh-fi-ra-tik,
wal-‘is-ma-ta min kul-li zhan-bi, wal-gha-nii-ma-ta min kul-li birr,
was-sa-la-ma-ta min kul-li ‘ithm. Laa-ta-da’ li zhan-ba ‘il-la gha-far-tah,
wa-laa Ham-man ‘il-la far-raj-tah, wa-laa dai-nan ‘il-la qo-dhai-tah, wa-laa
ma-ri-dhan ‘il-la sha-fai-tah, wa-laa fa-qii-ran wa-laa mis-kiy-nan ‘il-la
agh-nai-tah, wa-laa jaa-hil-lan ‘il-la ‘al-lam-tah, wa-laa ‘a-duu-wan ‘il-la
kha-zal-tah, wa-laa ‘ai-ban ‘il-la sa-sar-tah, wa-laa maiy-yi-tan ‘il-la
ra-him-tah, wa-laa haa-ja-tan Hi-ya la-ka ri-dhan ‘il-la qha-dhai-tah.
AL-La-Hum-ma in-ni a-ta-waj-ja-Hu bi-ka i-la rab-bi fii haa-ja-tii Ha-zhi-Hi
li-tuq-dha lii Haa-ja-tii yaa-‘ar-ha-mar roo-hi-min. aa-miin.
Selamat
Beramal…!
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang
benar)